Hai y'all. Que tal? Tak sangka kan dah masuk bulan Mac. Haishhh, sungguh laju masa berjalan sehingga Tiqa sendiri tak sedar tinggal berapa bulan lagi dah nak SPM.
Huh? SPM? Lol. Begitu dekat dan persiapan masih sangat sedikit. Atau bahasa mudahnya Tiqa langsung belum buat persediaan.Buat latihan? Ulangkaji topik tahun lepas? Haha. Memang belum Tiqa buat semua tuhhh~
Worry? Hummmm. Hell ya. Of course I feel so worry rn. But disebabkan kemalasan itu lebih tinggi dari kerajinan, layan lah malas tu buat sementara waktu. Hehehe. Boleh pula eh?
Okay jump to real topic. What am I supposed to tell first? Hummmmmmmmmm.
1) Ujian Bulanan 1
Huh. Untuk UB1 ni, I dont really sure if I can get excellent result but as Tiqa dah curah effort yang sebaik mungkin....lihatlah hasilnya nanti.
As far as I knew, my class just received ICT, PI, BI, MT, MA, BIO, KM. Hummm. Setakat ni bio dah C+. Heeee? Not really proud. But yang lain, Alhamdulillah A :)
2) Debate Competition
Lalalalala~ As I told on my last entry, Tiqa had joined debate right? Jyeahhh. Pertandingan tu 11/3 hingga 12/3. Ce teka sekolah Tiqa dapat kedudukan ke berapa? hehehe. We got the second place. It's okay. Still fine. Ehhh, FYI Tiqa hanyalah menteri keempat tau :) Watak tak berapa penting dalam debate team. Tapi, still at least, In Shaa Allah, Tiqa adalah sedikit sebanyak telah sumbang markah sikit~
Okay, what I got from joining this debate competition ?
Firstly, Tiqa dapat kawan baru and dapat rapatkan lagi hubungan dengan kawan-kawan. Tiqa dapat kenal Afiq, Abang Nazar and Kak Kia. And Tiqa dapat rapatkan lagi hubungan Tiqa dengan Kak Wawa, Anas, Hafiz, Kak Dayat, Raihan and Sabrina Si Becok :)
Secondly, Tiqa dapat tahu apa itu sebenarnya 'berdebat' :) Hehe. Seriously, berdebat memang menyeronokkan, menguji minda dan melahirkan perasaan berani. Berani? Even kau jadi menteri keempat pun - watak tak penting, kau tetap kena berani beri celahan fakta. Hahaha.
Tapi, apa yang Tiqa faham dari berdebat ini sebenarnya kita hanyalah menegakkan benang yang basah. Malah kita sendiri tak pasti pihak mana yang sebenarnya betul. Bagi mereka yang berdebat, untuk menang mereka perlu tegakkan usul atau pecahkan usul, tetapi hakikatnya kita sendiri tidak pasti mana sebenarnya yang mana betul dan salah.
Wahhh, pandai pula aku berkata-kata hari ini. Lalalala~
Okay, last Thursday, pelajar SMKSJ telah diminta pulang pada - anggaran 10.30 pagi disebabkan jerebu yang sangat teruk pada hari tersebut. Dan pada hari ini, Friday, sekolah Tiqa telah diberi cuti due to haze yang melampau.
Okay, Tiqa nak semua readers jernihkan kembali fikiran anda. Cuba kita lihat keadaan pada masa kini. Okay, cukup mudah Tiqa bagi contoh kampung Sijangkang lah ehh?
Sekarang kita telah mengalami masalah ketiadaan air. Kenapa? Sebab empangan dah semakin kering? Kenapa makin kering? Sebab dah lama tak hujan di Selangor ni. Kenapa jadi macam ni?
Tanya diri sendiri kenapa jadi begini? Ini kerana terlalu banyak maksiat berlaku disekeliling kita sehinggakan mungkin sebegini sekali Allah bagi kita pengajaran. Astagfirullah. SubhanaAllah. Dan sudah semestinya ini adalah ujian daripada Allah kepada kita semua.
Harap dan diminta kepada semua yang sedang mengahapi musibah dan ujian ini- hadapilah dengan penuh kesebaran dan penuh ketaqwaan. Ingat Allah tak akan uji hamba-hambaNya kalau kita tak mampu. Banyakkan berdoa dan beribadah kepada Allah. Kembali kepada Allah. Ingat pada Allah.
Jerebu pula sekarang makin teruk. Hujan pula tak turun-turun lagi. Dan Kes #MH370?
Ingatlah, hadapilah ujian ini dengan kesabaran, In Shaa Allah ada jalan keluar yang Allah berikan untuk kita semua :) Believe :)
P/S: Sekarang dah 3 hari air rumah Tiqa tak keluar. Kenapa rumah orang lain keluar, rumah Tiqa tak keluar lagi? Tak apa...mungkin Allah sayang keluarga Tiqa sebab tu Allah uji kami sebegini. Sentiasa bersangka baik.
Alright guys, I think I should end this entry right away. So, love from me to all of you. I gotta go. Smoochie :*