IT'S MAY

Oh wait. Say what? Hold on. Really? It's already May?


ASSALAMMUALAIKUM :)




/sigh/ Ahhhhhh. It's May! I can't believe. Banyak sangat benda berlaku sepanjang lima bulan and Tiqa tak post apa apa sepanjang lima bulan. What daaaaa~

Okay. Sebab banyak sangat nak kena cerita. So y'all kena relaxkan badan. Tenangkan fikiran. Wohoooo~ Okay, kita start dari bulan January kemudian Febuary dan kemuadian serta seterusnya.

January - Previous entry Tiqa ada cerita yang Tiqa ada ke Sabah kan? Well. Trip ke Sabah sangat sangat menyeronokkan sebab Tiqa pergi dengan famili Tiqa. ->.<- So mungkin itu sahaja yang indah dalam bulan January

February - Well bulan Feb pun tak banyak kejadian menarik.

2/2 - Ujian lesen P untuk motosikal. Wohooo~ Alhamdulillah. Tiqa lulus. Seronok sebab bagi Tiqa kenangan latihan untuk lesen P moto sangat best ->.<- Nak tahu sebab apa best? Sebab Tiqa dapat berjumpa dengan best friend Tiqa sepanjang masa. /smile/

March - Bulan March adalah bulan yang sangat menyeramkan. Hahahha. Sebab :-

3/3 - Result SPM keluar ! >O< Dan dua hari sebelum result SPM dihebohkan, Tiqa telah demam. Huhuhuhu T-T

And I guess tak semua tahu kan apa keputusan SPM Tiqa? Wohooo~ Alhamdulillah. Walaupun Tiqa agak sedih dengan result yang Tiqa dapat tapi Tiqa tetap bersyukur :)


Sebab semua orang kat sini mesti sebab anda fans Tiqa kan? ;) hohoho. Jadi Tiqa kongsi dengan fans Tiqa okay?

Tiqa dapat 7A 1 B 2 C+ ( 4A+ 2A 1A- 1B 2C+)


Alhamdulillah :)Balik dari sekolah sebab ambil keputusan kat sekolah kan jadi balik tu terus ke DOMINO's PIZZA dengan my fav squad. kekeke. Mungkin itu kenangan terindah untuk Tiqa. /cry/


7/3 - UIA ! yeahhh. Tiqa ke UIA sebab kat situ ada Karnival Jom Masuk U. Sebab minat,Tiqa pergi lah. Wahhh. Apa yang best kat Karnival ni? Hmmmm. Best sebab Tiqa dapat jalan jalan kot >.< Kekekkee

9/3 - First day Tiqa bekerja >O< Yeahhh. Tiqa bekerja di Kantin SMK Sijangkang Jaya. Yeahhh. Tempat Tiqa menuntut ilmu selama 5 tahun. Dah habis sekolah pun tetap ke situ juga sebab nak bekerja. Tapi seyes memang best kerja kat kantin sekolah tu. Nak tahu kenapa best? Sebab boss and staff kat situ saudara Tiqa. Muahahahaha. Dan pelajar kat situ semua junior Tiqa. Jadi, tak pelik sangat lah bila jumpa customer yang kita kenal kan?


15/3 - Reunion SKS. Hahaha. Seyes majlis tu berjalan tak seperti yang dirancang tapi tetap seronok sebab Tiqa dapat jumpa semua kawan kawan lama sekolah rendah. Hehehe /wipe my tears/ Rindu sangat pada mereka. Well bila ada masa harap dapat rancang reunion macam tu lagi tapi lebih gempak, In Shaa Allah.

April - Well, April adalah bulan Tiqa sangat busy dengan kerja dan lesen kereta. Tapi Tiqa masih have fun okay ;)

4/4 - Reunion Alumni 5 Sains 1 2014. Wahhh. Seyes seronok sangat majlis kali ni. Nak tahu kenapa best? Best sebab Tiqa yang uruskan majlis ni. Muahahahha. Kalau Tiqa yang urus mestilah Tiqa puji majlis Tiqa sendiri kan? Lagipun majlis dibuat di tempat Tiqa jadi mestilah double seronok. Hahahahahha >,<

Tiqa yang rancang tentatif program. Tiqa rancang permainan walaupun ada permainan yang agak tak seronok dan kurang sambutan. Muheheheheh.
Tapi Tiqa tetap seronok handle majlis ni. Dan akhirnya Tiqa demam. Huhuhu.


9/4 - First time dalam hidup Tiqa mampu drive kereta dengan bantuan Cikgu Malik aka Atuk. Seronok belajar bawa kereta, Dan kali pertama bawa juga lah Tiqa diminta bawa kereta balik ke rumah dari Shah Alam. /daebak/

12/4 - Hari paling lawak. Nak tahu kenapa? Sebab hari itu adalah hari pertunangan Tiqa. Hehhh?

Wahahahahaha. Tiqa tipu kawan sekelas Tiqa yang Tiqa dah bertunang dengan seseorang bernama Shahrul Fitri even Tiqa tak kenal pun siapa lelaki tu. Muahahahha xD Btw, ada antara mereka yang percaya dan mestilah ramai yang tak percaya xD


14/4 - First time dalam hidup Tiqa dapat naik KTM dan monorail. Hahahaha. /cry/ Tiqa pergi ke Times Square. Well. Best sebab selalu ke mana mana hanya naik kereta kan? Tapi bila naik public transportation ni agak excited lah ek? Hehehe.

May - Yeahh. Dah masuk bulan May. Bulan May adalah bulan saya sedang gemetar sebab:-

3/5 - First time saya bekerja katering. Wahh. Seronok tapi penat. Hahahaha

6/5 - Keputusan UPU keluar ! Saya sangat cemas dan cuak. Lalu saya pulang kerja awal dan terus semak ke mana nasib saya dibawa. Lalu bila disemak saya mendapati bahawa saya telah dapat kursus pengajian

Tempat : UITM, ARAU
Course: Rahsia dulu lah ya ;)

Alhamdulillah. Syukur. And course yang saya pilih ni sebenarnya course pilihan pertama saya >.<

9/5 - Saya diminta ke sekolah untuk beri ucapan kepada pelajar 5SN1, 4SN di sekolah SMKSJ. Kenapa saya kena bagi ucapan? Sebenarnya itu untuk Program Bengkel ICT. Dan kerana keputusan SPM ICT saya A+ lalu cikgu minta saya bagi tips untuk adik adik junior saya tentang cara mendapatkan A+ dalam ICT. Adakah tips saya berkesan? Mana saya tahu berkesan ke tidak -.- Sebab tips tu saya yang amalkan dan setiap orang mempunyai cara belajar yang berbeza :)

Dan pada tarikh itu juga saya dan famili saya sebelah ibu telah ke Melaka untuk berhari keluarga. Best best. Seronok sangat. Hehehee~

15/5 - Hari terakhir saya bekerja di kantin. Itu bermakna saya telah berhenti kerja :) Saya cuma dapat kerja selama antara dua bulan sahaja. Tapi yang penting bila saya bekerja, saya dapat pengalaman dan saya suka pengalaman.

Dan pada malam itu, saya telah dibelanja oleh boss saya makan bersama sama stuff kantin yang lain :) Kami makan di Restoran Mohd Chan tau. Sedap sedap ! Dan lalu kami ke ICT, Shah Alam. Jujur kan itu kali pertama saya ke ICT. Ahhh malunya nak mengaku -.-

18/5 - Saya telah lulus ujian lesen kereta P. Syukur. Alhamdulillah. Walaupun telah gagal ketika 27/4 lalu saya lebih semangat nak lulus kali ini. /determined/

Lalu ini sahaja saya mampu cerita buat masa ini. Ini pun dah banyak sebenarnya kan? Hehehe. Okay minasan, gotta go. Me gusta mucho <3